Satu formula mudah boleh menerangkan bagaimana untuk mengurangkan berat badan. Ianya ialah:
Kalori Terbakar > Kalori Dimakan = Berat Badan Turun
Jadi jika anda membakar lebih banyak kalori melalui senaman atau aktiviti fizikal daripada jumlah kalori (makanan yang anda makan) setiap hari, tubuh anda akan mula menggunakan lemak tersimpan dalam tubuh untuk dijadikan sebagai tenaga. Inilah yang kita mahukan.
Tapi janganlah berhenti makan secara keseluruhannya, dan mula bersenam sepanjang hari. Tubuh anda tidak akan memberi tindak balas yang baik sebenarnya jikan anda melakukan hal itu. Ini keranan apabila kadar glukosa sangat rendah, tubuh akan menjadi sangat penat dan tidak bermaya. Ianya memang tidak bagus untuk anda.
Kita boleh mengira sesuatu yang dipanggil BMR atau Basal Metabolic Rate. Pengiraan ini bertujuan untuk menentukan berapa banyak kalori yang anda perlukan dalam sehari untuk mengekalkan berat semasa anda.
Untuk menurunkan berat badan dengan sihat dan mengelakkan ketidakseimbangan berat seumpama diet yo-yo, kita perlu mengambil jumlah kalori yang tepat seperti dalam kiraan BMR dan melakukan senaman yang berkesan untuk membakar kalori.
p/s: Diet yoyo seumpama menurunkan berat badan dengan singkat tetapi hanya beberapa hari/minggu selepas menurunkan 2-3kg berat badan, mereka kembali semula ke berat asal, malah lebih berat dari dulu.
0 comments:
Post a Comment
Apa Kata Anda?