Subscribe:

Sunday, February 24, 2013

5 Tips Asas Menguruskan Badan

Nak kuruskan badan atau mengurangkan berat badan dengan betul? Ikuti tips-tips berikut:
Jangan mudah tergoda dengan produk kuruskan badan

1. Pada permulaan anda menentukan cara-cara untuk menurunkan berat badan, janganlah tergoda dengan produk-produk yang menjanjikan hasil menakjubkan yang munkin juga tidak tepat. Yang pasti, tidak ada cara mudah untuk melakukan sesuatu perkara. Semuanya memerlukan usaha.

2. Bila menentukan matlamat berat badan yang diingini, pastikan ianya realistik. Memang mustahil untuk menghilangkan 20 paun dalam masa beberapa hari sahaja. Bila anda menentukan matlamat yang realistik, anda akan menikmati deretan kejayan kecil. Jika melakukan perkara di sebaliknya,  kemungkinan besar anda akan mengalami kegagalan dan kekecewaan.

3. Dicadangkan agar anda menetapkan matlamat penurunan berat mingguan kepada satu atau dua paun sahaja. Jika anda cuba menghilangkan lebih banyak dari itu, ianya akan menjadi dukar dan membebankan. Lagi satu, jika turunkan berat dengan cepat, ianya bukan sahaja akan membahayakan diri malah biasanya akan menyebabkan peningkatan semula berat badan yang lebih tinggi dari sebelumnya.

4. Apabila adan memulakan diet, disarankan agar anda berjumpa dahulu dengan pakar untuk nasihat dan panduan untuk anda ikuti di sepanjang program diet anda. Manusia mempunyai tubuh yang berbeza. Jangan fikir bila sesuatu program diet itu berkesan kepada orang lain, ia juga akan berkesan kepada anda.

5. Jika anda makan lebih banyak kalori daripada keperluan tubuh, ianya akan tersimpan sebagai lemak. Ingatlah selepas ini bila anda sedang duduk tengok televisyen dan teringat pula untuk makan besar. Anda tak perlu makan banyak jika anda tidak banyak aktiviti fizikal yang perlu dilakukan. Lain jika setiap hari anda lari marathon di stadium.

Demikianlah 5 perkara asas yang perlu anda ketahui jika mahu menguruskan badan. Tidak perlu lah terlalu taksub nak kurus sehingga menyengsarakan diri sendiri. Buat lah secara berperingkat-peringkat.

0 comments:

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com